Wakaf Pembinaan Pusat Dakwah & Dewan Serbaguna | PERKIM Bahagian Pulau Pinang

Kempen Wakaf Pembinaan · Georgetown, Pulau Pinang

Ada orang yang baru memeluk Islam hari ini, dan tak tahu ke mana hendak belajar solat.

Mereka sudah mengucap syahadah. Tetapi selepas itu — siapa yang akan mengajar? Di mana mereka boleh duduk, bertanya dan belajar tanpa rasa malu?

Kita sedang membina tempat tersebut. Kita perlukan tuan dan puan untuk menyiapkannya.

FPX & kad kredit · Resit automatik · Boleh diniatkan untuk ibu, ayah atau arwah

Rekaan 3D cadangan Pusat Dakwah & Dewan Serbaguna PERKIM Pulau Pinang
Cadangan rekabentuk rasmi · Lot 4173 & 4635, Seksyen 5, Bandar Georgetown, Pulau Pinang

Ibadah wakaf ini telah diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat sejak sekian lama setelah ia disyariatkan.

لَن تَنَالُوا۟ ٱلْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَ

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan itu sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.”

Surah Aali Imran, ayat 92

Diriwayatkan bahawa apabila Abu Talhah mendengar sahaja ayat ini, beliau segera mewakafkan harta yang paling disayanginya iaitu kebun Bairuha’. Kata beliau kepada Rasulullah SAW:

إِنَّ رَبَّنَا لَيَسْأَلُنَا مِنْ أَمْوَالِنَا فَأُشْهِدُكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنِّي جَعَلْتُ أَرْضِي لِلَّهِ

Maksudnya: Sesungguhnya Tuhan kita meminta untuk kita mengeluarkan infak daripada harta kita, maka aku bersaksikan kamu wahai Rasulullah SAW, bahawa aku menjadikan tanah ini milik Allah SWT (untuk diwakafkan).

Riwayat al-Nasaie (3602)

Kenapa wakaf ini penting

Mereka tidak dibiarkan belajar sendirian.

Tonton video ringkas ini dahulu

Bacaan mereka perlu didengar

Bacaan mereka perlu didengar

Solat tidak boleh dipelajari daripada buku semata-mata. Bacaan perlu didengar dan dibetulkan seorang demi seorang, dengan sabar.

Soalan mereka perlu dijawab

Soalan mereka perlu dijawab

Di PERKIM, mereka dibimbing oleh tenaga pengajar yang bertauliah — bukan secara sambil lewa, tetapi dengan panduan yang betul dari awal.

Semua ini perlukan ruang

Semua ini perlukan ruang

Bimbingan yang berterusan memerlukan tempat yang tetap dan selesa — bukan sudut sempit yang dikongsi tergesa-gesa.

Wakaf tuan dan puan menyediakan ruang untuk bimbingan itu berlaku.

Saya nak berwakaf

Jangan lihat ia sebagai batu dan simen.

Bayangkan apa yang akan berlaku di dalamnya.

Seorang lelaki berusia 50 tahun

Seorang lelaki berusia 50 tahun

Baru sebulan Islam, membaca al-Fatihah dengan tersekat-sekat buat kali pertama — dan tiada siapa yang mentertawakannya.

Seorang ibu muda

Seorang ibu muda

Masih keliru cara mengambil wuduk, akhirnya menemui guru yang sabar mengajarnya dari awal.

Sepuluh tahun dari sekarang

Sepuluh tahun dari sekarang

Seorang anak membesar sebagai Muslim yang faham agamanya — kerana ibunya pernah belajar di sini.

Bangunan ini diperbuat daripada simen. Tetapi apa yang berlaku di dalamnya boleh terus hidup lama selepas kita tiada.

Saya nak berwakaf

Empat ruang, satu tujuan.

Pusat Dakwah PERKIM

Pusat Dakwah

Bimbingan peribadi, pendaftaran syahadah dan program keagamaan berterusan.

Dewan Serbaguna PERKIM

Dewan Serbaguna

Ceramah, seminar dan aktiviti komuniti untuk masyarakat Pulau Pinang.

Ruang Pembelajaran PERKIM

Ruang Pembelajaran

Belajar fardhu ain, solat dan al-Quran secara tersusun — bukan tergesa-gesa di tepi koridor.

Ruang Aktiviti Komuniti PERKIM

Ruang Komuniti

Tempat saudara baharu bertemu dan tidak merasa keseorangan selepas memilih Islam.

Sebuah dinding dibina sekeping demi sekeping.

Tidak semua orang mampu memberi dalam jumlah besar — dan tidak perlu pun. Apabila ramai orang berganding bahu, sesuatu yang besar boleh berdiri bersama.

Wakaf Sekarang

FPX & kad kredit · Resit automatik

Wakaf ini juga boleh diniatkan untuk diri sendiri, ibu dan ayah, pasangan, anak-anak, atau arwah insan tersayang.

PERKIM bukan pertubuhan yang baru semalam.

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia telah sekian lama menggerakkan usaha dakwah, pendidikan dan kebajikan. Di Pulau Pinang, PERKIM kekal menjadi antara tempat rujukan utama bagi saudara baharu yang mahukan bimbingan selepas memeluk Islam.

Inilah kerja yang sudah berjalan setiap hari — dan inilah yang memerlukan ruang yang lebih baik.

Bimbingan saudara baharu

Bimbingan & syahadah

Pendaftaran syahadah, bimbingan peribadi dan panduan langkah pertama selepas memeluk Islam.

Kelas asas pengajian Islam

Kelas asas pengajian Islam

Fardhu ain, cara bersuci, solat, akidah dan akhlak — dibimbing oleh tenaga pengajar bertauliah.

Program dakwah dan penerangan

Program dakwah & penerangan

Kaunter maklumat, pameran interaktif dan agihan bahan bacaan kepada orang ramai.

Aktiviti kebajikan

Kebajikan & bantuan

Bakul makanan, bantuan kewangan kecemasan dan keprihatinan kepada mualaf serta asnaf.

Ceramah dan program keagamaan

Ceramah & forum

Ceramah perdana, forum rohani dan sambutan majlis kebesaran Islam bersama penceramah jemputan.

Program kemasyarakatan dan integrasi

Kemasyarakatan & integrasi

Kempen sihat, gotong-royong dan sukaneka yang merapatkan saudara baharu dengan masyarakat majmuk.

Setiap aktiviti ini memerlukan ruang yang kondusif. Itulah yang tuan dan puan bantu sediakan.

Bukan sekadar cadangan di atas kertas.

Tanah sudah ada. Geran atas nama PERKIM. Kelulusan kebenaran merancang MBPP sudah di tangan. Yang tinggal hanyalah kos pembinaan.

Tapak projek
Tapak projek
Kelulusan MBPP
Kelulusan MBPP
Geran tanah PERKIM
Geran tanah

Perkembangan pembinaan, gambar tapak dan kemaskini kutipan akan dikongsikan melalui saluran rasmi PERKIM Bahagian Pulau Pinang.

Mungkin Antara Persoalan Terdetik Dalam Hati Tuan dan Puan Sebelum Berwakaf

Berapa jumlah minimum?+

Tiada jumlah yang terlalu kecil apabila ia diberi dengan niat untuk membantu.

Bolehkah saya berwakaf atas nama arwah ibu atau ayah?+

Boleh. Niat wakaf atau sedekah boleh diletakkan untuk insan tersayang, sama ada yang masih hidup mahupun yang telah pergi.

Ke mana sebenarnya duit ini pergi?+

Dana yang dikumpul adalah bagi tujuan projek pembinaan Pusat Dakwah & Dewan Serbaguna PERKIM Bahagian Pulau Pinang, tertakluk kepada pengurusan rasmi projek.

Adakah saya dapat resit?+

Ya. Resit automatik dihantar selepas pembayaran berjaya melalui sistem sumbangan rasmi PERKIM.

Saya betul-betul tidak mampu. Boleh tolong dengan cara lain?+

Kongsikan halaman ini kepada keluarga dan sahabat. Mungkin melalui satu perkongsian tuan dan puan, Allah gerakkan hati orang lain untuk membantu.

Kita mungkin tidak akan mengenali sesiapa pun yang menggunakan tempat ini.

Kita tidak akan berada di dalam kelas itu. Kita mungkin sudah lama pergi apabila cucu mereka datang belajar di sini. Tetapi hari ini, kita boleh menyediakan tempat supaya semua itu berlaku.

Bina tempatnya hari ini

FPX & kad kredit · Resit automatik